Bonjour
Photobucket
SHA to the FEE to the QAH
& I am blessed to have a lovely family , awesome friends and caring boyfriend ♥
Quote that i hold to : "Everything happen for a reason and Allah is the best of the best planner . He knows whats best for us . Thus , I will put all my heart , believe and trust in Him ."
Click "Pop up my Cbox" to talk/ask me


Pop up my Cbox

Navigate
Photobucket
about

stuff

entry



Memories~






Credits



Design By : Nana Asha
Header: Nana Asha
Photo : WeHeartIt

Best Viewed : Google Chrome
Ibu !

15 January 2012 | Sunday, January 15, 2012 | 0 comments


Penaku menari , mencoretkan sebuah tragedi yang tidak dapat disingkirkan dari kotak ingatanku . Tragedi yang sehingga kini menghantui diriku . Pengorbanan ! Apakah erti pengorbanan ? Tragedi yang berlaku lapan tahun dahulu telah mengajar aku erti sebenar pengorbanan .

Aku dibesarkan oleh ibuku yang usianya baru saja 35 tahun . Ayah telah lama meninggalkan kami dua beranak kerana menganggap kehadiranku di dunia adalah satu kesilapan . Walaupun begitu , ibu tidak mahu kami menjadi seperti anak ayam yang kehilangan ibunya . Oleh itu , Ibulah yang bertungkus-lumus bekerja siang malam untuk memberiku sesuap nasi . Dia juga yang mengasuh dan mendidik aku supaya menjadi anak yang soleha dan sentiasa berbudi bahasa . Katanya , hutang emas dapat dibayar , hutang budi dibawa mati .

16/08/2001 , tarikh yang tidak akan luput dari mindaku . Ketika itu , ibu sedang menjahit baju sementara aku sedang bermain dengan anak patung kesukaanku . Satu ketukan yang amat kuat telah memecahkan Keheningan malam yang sunyi itu . Perasaan cuak dan musykil mula membara di hatiku . Ibu cuba mengintip siapa yang tersembunyi di balik pintu tetapi gagal untuk menemukan sesiapa . Dia mengambil keputusan untuk membuka pintu kerana ingin memastikan ianya bukan satu gurauan dari budak budak nakal yang suka mengacau .

Sedang ibu ingin menuntup pintu , tiga orang lelaki menyergah masuk lalu menolak ibu . Ibu jatuh ke lantai . Aku menjerit dan bergegas mendapatkan ibu . Salah seorang lelaki yang bertopeng cuba menutup mulutku manakala yang seorang pula mengacukan sebilah parang di tengkuk ibuku . Aku terdiam kaku , Tidak berani untuk melawan kerana takut diapa apakan ibuku . Mereka memaksa ibu untuk menunjukan di mana letaknya wang dan barang kemas .

Setelah kesemua wang diambil oleh mereka , aku fikir kami akan dilepaskan . Tetapi sangkaan ku meleset . Mereka cuba untuk mendekatiku . Ingin aku berlari tetapi telah ditahan oleh mereka . Seorang daripada mereka cuba menciumku manakala yang lain sedang mengikat tangan ibu . Aku meraung , menangis meminta tolong .

"tolong lepaskan anakku ! Dia masih terlalu mentah untuk diperlakukan sebegitu !!"kata-kata rayuan keluar dari mulut ibu . Satu sepakkan hinggao di muka ibu . Mutiara-mutiara jernih laju melucut dipipinya .

"aku merayu kepada kau . Jangan lakukan itu . Dia baru berusia 11 tahun untuk memahami erti penderitaan . Biar aku sahaja yang dinodai..." aku tersentak mendengar kata kata itu . tidak !!!! Ibu tidak boleh buat begitu ! Walaupun aku masih lagi setahun jagung , aku erti apa yang dimaksudkannya .

Depan mataku , pada usiaku sebelas tahun , aku menjadi saksi ibuku dinodai tiga lelaki jahanam itu . Bukan sekali , malah tiga kali tubuh ibuku diramah . Sungguh kejam perbuatan mereka , lebih kejam daripada seekor binatang . Kesengsaraan jelas terpancar di wajah ibu di saat diperlakukan seperti perempuan murahan . Keperitan dapat aku rasakan . Aku merasa begitu kesal kerana tidak dapat membantu . Kaki dan tanganku diikat begitu ketat .

Mereka berlalu pergi setelah nafsu seraka mereka telah dipuaskan . Memang dasar jantan ! Aku benci mereka ! Aku benci lelaki ! Mereka mengambil kesempatan atas kelemahan kaum wanita .

Semenjak kejadian itu , ibu sudah tidak seperti dahulu . Dia sering termenung dan tidak mahu aku membuat laporan polis . "biarlah nak , biar Allah sahaj yang balas segala perbuatan terkutuk mereka" itulah kata kata yang sering keluar dari mulutnya . Aku berjanji kepada diriku bahawa aku tidak akan mensia-siakan ibu . Dia telah melakukan satu pengorbanan yang amat besar yang telah mengubah hidupku . Dialah penyelamatku , dialah segala galanya untukku .

Oh ibu ,
Di setiap nafas yang ku hembus akan tersemat pergorbananmu ,
Di dalam tubuhku , darah yang mengalir tersembunyi penderitaan yang kau lalui ,
Dan setiap denyutan nadiku akan terdengar tangisanmu .
Pengorbananmu tidak dapat dibalas ,
Penderitaanmu tidak bisa aku rasakan ,
Tangisanmu tidak dapat aku hentikan
Tetapi percayalah , aku akan menjaga mu hingga ke akhir nyawaku .







Older Post | Newer Post